Halaman

Rabu, 28 Julai 2010

ADIOS 4 SUPER BOYS FC!!!!!!


Pasukan Super Boys FC & Soccer Kidz FC

PERTANDINGAN KARNIVAL FUTSAL 2010


Perlawanan Futsal Akhir SK Methodist(ACS) Lumut telah diadakan pada 28 Julai 2010. Perlawanan antara pasukan Super Boys FC dengan Soccer Kidz FC pada petang itu sungguh menarik. Cikgu Ibharim Ayob telah mengadili perlawanan tersebut.

Pada separuh masa pertama pasukan Super Boyz FC telah menjaringkan satu gol . Pasukan Soccer Kidz telah sedaya upaya untuk menjaringkan gol tetapi tidak berjaya.

Perlawanan berkesudahan Super Boys menewaskan Soccer Kidz 2 - 0.

JOHAN FUTSAL 2010 - SUPER BOYS FC = ADIOS!!!!!!

Selasa, 27 Julai 2010

LEARNING IS FUN - SESI PEMBELAJARAN YANG MENYERONOKKAN


Kami dah siap...

Sayapun dah siap, cikgu....

Sayapun boleh siap cepat...
Lega...kumpulan kami dah siap tugasan


Siap tunjukkan "peace" lagi.....

Sesi spontan...pidato pendek
Perlumbaan menyiapkan tugasan


Siapa pantas...dia menang...



Dah siap....saya senyap...

Kami dah siap...cikgu!!!

Senyum...suatu sedekah...
Pelajar pertama siap.....
  • LEARNING IS FUN - KAEDAH PEMBELAJARAN YANG MENYERONOKKAN
  • Kaedah pembelajaran berpusatkan murid "Child Centered" merupakan satu daripada kaedah yang digunakan dalam bilik darjah.
  • Pelajar akan diberikan tugasan mengikut kumpulan masing- masing.
  • Kumpulan- kumpulan kecil sentiasa berlumba- lumba untuk menyiapkan tugasan yang diberikan.
  • Kebolehan pelbagai kecerdasan "Multiple Intelligent" dalam kumpulan digabungkan untuk bekerjasama menyiapkan"assignment" kumpulan.
  • Para pelajar akan berasa "enjoy" dan sentiasa bersaing untuk mendapat markah bagi kumpulan masing- masing.
  • Dalam permainan berkumpulan markah boleh diberikan berdasarkan disiplin, kerjasama, hasil kerja dan sikap.
  • Selepas menyiapkan tugasan, wakil setiap kumpulan akan membentangkan secara spontan hasil "assignment" mereka.
  • Sesi "spontan'' ala pidato boleh mengembangkan potensi pelajar untuk "recall" semula apa yang telah dipelajari sebelum ini.
  • Pelajar lebih ceria dan "enjoy" dalam pembelajaran"Learning is Fun".

Isnin, 26 Julai 2010

PERLAWANAN FUTSAL - AKHIR

Perlawanan akhir Karnival Futsal 2010 akan diadakan sperti berikut:

Tarikh : 28 Julai 2010
Masa : 4.30 - 5.30 petang
Tempat : Padang Sekolah

*Perlawanan akhir antara Pasukan Soccer Kidz FC melawan Pasukan Super Boyz FC
*Sila pastikan semua penyokong- penyokong hadir memberi sokongan kepada pasukan masing-
masing.


Nota : AKTIVITI KOKURIKULUM DIADAKAN SEPERTI BIASA JAM 3.00-4.30 PTG UNIT UNIFORM

Selasa, 20 Julai 2010

PERHIMPUNAN BULANAN KOKURIKULUM

    • Perhimpunan Kokurikulum SK Methodist(ACS) Lumut
    • Pada 21 Julai 2010, suatu perhimpunan kokurikulum SK Methodist ACS Lumut telah diadakan pada jam 7.20 pagi.
    • Pasukan Uniform TKRS telah mengacarakan perhimpunan kali ini.
    • Semua unit uniform seperti Pengakap, TKRS, Tunas Puteri dan Puteri Islam telah memberi kerjasama dalam perhimpunan tersebut.
    • Kelihatan segak para ahli pasukan masing- masing dalam perbarisan.
    • Pasukan Pengakap sekolah telah menyampaikan sijil- sijil kepada ahli pengakap yang telah lulus ujian pengembara daripada Puan Guru Besar.
    • Puan Guru Besar memberikan tahniah kepada pasukan pengakap atas komitmen yang tinggi dalam aktiviti pengakap.