Halaman

Sabtu, 16 Oktober 2010

HARI KOKURIKULUM SK METHODIST (ACS) LUMUT



LUMUT, 16 OKT 2010- Hari Kokurikulum SK Methodist (ACS) Lumut telah dilaksanakan dengan jayanya. Seramai 70 pelajar Tahun 5 dan 6 telah menyertainya. Menurut Kem Komandan, En.Ibharim Ayob, aktiviti bermula jam 8.00 pagi dan berakhir jam 6 petang telah berjalan dengan lancar. Komitmen yang ditunjukkan oleh para peserta serta mendapat sokongan guru- guru patut diberi pujian. Harapan beliau, agar pada tahun akan datang program tersebut dapat dilaksanakan dengan mengadakan aktiviti yang lebih menarik dan mencabar kewibawaan para peserta.

Manakala, menurut Penolong Kanan Pentadbiran, En. Zainal Abidin Ahmad, Program "outdoor" memberi peluang kepada para pelajar untuk mengembangkan lagi potensi diri selaras dengan Falsaafah Pendidikan Negara (FPN), melahirkan pelajar yang seimbang intelek, rohani,emosi dan jasmani. Sesungguhnya, menurut beliau, para pelajar perlu mencapai kesimbangan akademik, kokurikulum dan akhlak.

Seterusnya, menurut Guru Besar, Pn.Hjh.Fuziah bt Hj.Mahfodz, mengucapkan tahniah dan penghargaan kepada seluruh jawatankuasa yang telah menjayakan program tersebut. Beliau telah menasihati para pelajar agar dapat mengutip pengalaman daripada aktiviti yang dijalankan untuk membentuk disiplin dan kepimpinan diri demi mencapai kecemerlangan sahsiah.
Sumber berita : Admin





















Rabu, 13 Oktober 2010

HARI KOKURIKULUM SK METHODIST (ACS) LUMUT



Sambutan Hari Kokurikulum 2010 bagi SK Methodist (ACS) Lumut akan diadakan mengikut ketentuan di bawah:

Tarikh : 16 Ogos 2010
Masa : 8.00 pagi hingga 6.00 petang
Tempat : SK Methodist (ACS) Lumut

Murid- murid Tahun 5 dan 6 sahaja yang terlibat dalam program tersebut. Para peserta Hari Kokurikulum diwajibkan mengembalikan Borang Kebenaran Ibu bapa/ Penjaga kepada Setiausaha Hari Kokurikulum, Encik Ibharim bin Ayob. Sila patuhi arahan setiap masa agar program tersebut berjalan dengan lancar.

Kerjasama daripada semua pihak amat diharapkan.