Halaman

Selasa, 1 Mac 2011

MAKLUMAN BLOG INI TELAH BERPINDAH

MAKLUMAN BUAT SEMUA BLOG INI TELAH BERPINDAH KE BLOG BAHARU
SETELAH KENAIKAN PANGKAT SETARA PK KOKURIKULUM KEPADA PK HAL EHWAL MURID
SK METHODIST (ACS) LUMUT MULAI 16 disember 2010

ALAMAT BAHARU BLOG SAYA :

http://hemmahadi.blogspot.com

Khamis, 23 Disember 2010

MAKLUMAN KENAIKAN PANGKAT SETARA - PK KOKURIKULUM KEPADA PK HAL EHWAL MURID

Lumut, 23 Disember 2010- Makluman kepada semua pelajar dan guru SK Methodist (ACS) Lumut bahawa saya telah menerima panggilan telefon daripada PPD Manjung agar hadir ke pejabat untuk berjumpa dengan Tuan PPD Manjung, En. Md Shoud bin Thani. Pada jam 9.00 pagi saya telah menerima surat perlantikan jawatan setara kepada Penolong Kanan Hal Ehwal Murid di sekolah yang sama mulai 16 Disember 2010.

Alhamdulillah, saya mengucapkan syukur ke hadarat Illahi atas kurniaan-Nya. Walaupun dalam hati saya lebih meminati bidang kokurikulum sejak tahun 2004 lagi.Namun begitu, saya menerima cabaran sebagai PK HEM yang baharu demi mewarnakan lagi perkhidmatan saya sebagai seorang kakitangan awam yang menurut perintah.

Sekalung ucapan terima kasih kepada JK Kokurikulum, semua guru, pelajar dan kakitangan yang selama ini yang telah memberi kerjasama melaksanakan tugas tugas berkaitan kokurikulum.
Jasa kalian tetap dikenang sepanjang hayat. Terima kasih.

Khamis, 11 November 2010

LAWATAN KELAB DAN PERSATUAN KOKURIKULUM 2010











Lumut, 3 Nov. 2010 - Kelab dan Persatuan Kokurikulum SK Methodist (ACS) Lumut telah mengadakan lawatan sambil belajar selama 2 hari 1 malam ke Melaka dan Kuala Lumpur.

Sabtu, 16 Oktober 2010

HARI KOKURIKULUM SK METHODIST (ACS) LUMUT



LUMUT, 16 OKT 2010- Hari Kokurikulum SK Methodist (ACS) Lumut telah dilaksanakan dengan jayanya. Seramai 70 pelajar Tahun 5 dan 6 telah menyertainya. Menurut Kem Komandan, En.Ibharim Ayob, aktiviti bermula jam 8.00 pagi dan berakhir jam 6 petang telah berjalan dengan lancar. Komitmen yang ditunjukkan oleh para peserta serta mendapat sokongan guru- guru patut diberi pujian. Harapan beliau, agar pada tahun akan datang program tersebut dapat dilaksanakan dengan mengadakan aktiviti yang lebih menarik dan mencabar kewibawaan para peserta.

Manakala, menurut Penolong Kanan Pentadbiran, En. Zainal Abidin Ahmad, Program "outdoor" memberi peluang kepada para pelajar untuk mengembangkan lagi potensi diri selaras dengan Falsaafah Pendidikan Negara (FPN), melahirkan pelajar yang seimbang intelek, rohani,emosi dan jasmani. Sesungguhnya, menurut beliau, para pelajar perlu mencapai kesimbangan akademik, kokurikulum dan akhlak.

Seterusnya, menurut Guru Besar, Pn.Hjh.Fuziah bt Hj.Mahfodz, mengucapkan tahniah dan penghargaan kepada seluruh jawatankuasa yang telah menjayakan program tersebut. Beliau telah menasihati para pelajar agar dapat mengutip pengalaman daripada aktiviti yang dijalankan untuk membentuk disiplin dan kepimpinan diri demi mencapai kecemerlangan sahsiah.
Sumber berita : Admin





















Rabu, 13 Oktober 2010

HARI KOKURIKULUM SK METHODIST (ACS) LUMUT



Sambutan Hari Kokurikulum 2010 bagi SK Methodist (ACS) Lumut akan diadakan mengikut ketentuan di bawah:

Tarikh : 16 Ogos 2010
Masa : 8.00 pagi hingga 6.00 petang
Tempat : SK Methodist (ACS) Lumut

Murid- murid Tahun 5 dan 6 sahaja yang terlibat dalam program tersebut. Para peserta Hari Kokurikulum diwajibkan mengembalikan Borang Kebenaran Ibu bapa/ Penjaga kepada Setiausaha Hari Kokurikulum, Encik Ibharim bin Ayob. Sila patuhi arahan setiap masa agar program tersebut berjalan dengan lancar.

Kerjasama daripada semua pihak amat diharapkan.

Isnin, 6 September 2010

SELAMAT HARI MALAYSIA - 16 SEPTEMBER


SELAMAT HARI RAYA & MAAF ZAHIR BATIN



Saya mewakili semua Jawatankuasa Kokurikulum SK Methodist(ACS) Lumut mengucapkan Selamat Hari Raya dan Maaf Zahir Batin kepada semua warga SK Methodist(ACS) Lumut.