Halaman

Khamis, 23 Disember 2010

MAKLUMAN KENAIKAN PANGKAT SETARA - PK KOKURIKULUM KEPADA PK HAL EHWAL MURID

Lumut, 23 Disember 2010- Makluman kepada semua pelajar dan guru SK Methodist (ACS) Lumut bahawa saya telah menerima panggilan telefon daripada PPD Manjung agar hadir ke pejabat untuk berjumpa dengan Tuan PPD Manjung, En. Md Shoud bin Thani. Pada jam 9.00 pagi saya telah menerima surat perlantikan jawatan setara kepada Penolong Kanan Hal Ehwal Murid di sekolah yang sama mulai 16 Disember 2010.

Alhamdulillah, saya mengucapkan syukur ke hadarat Illahi atas kurniaan-Nya. Walaupun dalam hati saya lebih meminati bidang kokurikulum sejak tahun 2004 lagi.Namun begitu, saya menerima cabaran sebagai PK HEM yang baharu demi mewarnakan lagi perkhidmatan saya sebagai seorang kakitangan awam yang menurut perintah.

Sekalung ucapan terima kasih kepada JK Kokurikulum, semua guru, pelajar dan kakitangan yang selama ini yang telah memberi kerjasama melaksanakan tugas tugas berkaitan kokurikulum.
Jasa kalian tetap dikenang sepanjang hayat. Terima kasih.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan